Pages

Monday, November 23, 2009

Haprak..

Pemuda PAS akan kaji isu sokongan orang muda yang merosot

copy from http://www.aminiskandar.com/

Mana barisan kepimpinan Pemuda PAS ni..
Sekarang dah senyap je..
Takkan bila ada konsert je baru nak tunjuk jaguh..
Sekadar edar risalah, NGO pun boleh..
Bila Dato' Nik Aziz dihentam - ketua pemuda pergi mana..?
Bila Dato' Husam difitnah - ketua pemuda pergi mana..?
Bila PAS dicaci - ketua pemuda pergi mana..?

Sebelum pemilihan barisan kepimpinan Pemuda PAS 2009-2011,
apa manifesto untuk perubahan..
Agaknya sebelum pemilihan, berjanji macam-macam..
Bila dah menang, menyorok belakang UG..

Mana kertas kerja untuk membantu anak muda..
Mana idea untuk meningkatkan taraf ekonomi anak muda..
Mana pendapat untuk membantu fakir miskin yang ada..
Anak muda dahagakan perubahan..
Semangat berkobar-kobar untuk membantu negara dan ibubapa..
Berkobar-kobar nyahkan pemimpin yang HAPRAK..
Berkobar-kobar menentang rasuah..

Bila Prof Aziz kritik PAS - ketua pemuda hentam Prof berapi-api..
Kalau betul apa yang dikritik, BERUBAH..
Kalau salah apa yang dikritik, BUKTIKAN MANA YANG TAK BETUL..

Tak tahu memimpin, jangan jadi pemimpin..
Jangan nak tunjuk terer..
PAS bukan milik peribadi Pemuda..
PAS milik sesiapa sahaja yang cintakan Islam, sayangkan keadilan..
Setiap pendekatan mendidik perlu ada cara..
Berdakwah pun ada cara..
Bukan hentam tanpa fakta..
Tak pandai memimpin - LETAK JAWATAN..
Bubar semua kepimpinan yang ada..
Cari calon yang baru..Yang ada idea..
Bagaimana nak membantu pemuda-pemudi negara..
Cara nak tingkatkan ekonomi..
Cara nak bantu negara melepasi defisit..
Cara nak bantu orang miskin jadi berharta..
Cara nak bantu orang dianiaya..
Cara nak bantu masyarakat Malaysia tiada lagi berkasta..
Cara yang menyakinkan semua bangsa bahawa PAS parti yang boleh dipercayai..
Dan akan menjadi tulang belakang negara satu hari nanti.

anak rashidah-alkampari

p/s :
Pemuda PAS nak kaji untuk berapa lama..
bagi tarikh yang tepat supaya rakyat tak ternanti2..
pemuda negara dah tak sabar nak tengok dan dengar..
jangan berjanji je..Rakyat benci pemimpin HAPRAK..

Monday, November 16, 2009

Lesson 2 : Mari Belajar Memasak Rendang Tok


Lesson 1 : Mari Belajar Memasak Nasi Jagung


Thursday, November 5, 2009

Jika Dun Perak Bubar

Jika Dun Perak Bubar
Rakyat Perak yang tercinta,
Marilah kita bersama-sama bergandingan tangan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat,
Jangan gundah-gulana, setiap undi yang anda beri tidak akan disia-siakan,
Setiap sokongan akan dihargai setiap masa,
Tiada kasta dalam masyarakat, semuanya sama,
Ibarat cubit peha kanan, peha kiri terasa.

Jika Dun Perak Bubar
Kerajaan Pakatan Rakyat perlu berusaha,
Jadikan yang baik kepada terbaik,
Jadikan yang sempurna kepada amat sempurna,
Jadikan yang selesa kepada amat selesa,
Jangan mempersiakan mandat yang telah diberi,
Jangan buang kepercayaan rakyat,
Berusahalah menggembirakan Rakyat Perak.

Rashidah-Alkampari

My Blog List

Free Blogger Templates

PAS - ISLAM 4 ALL © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates