Pages

Monday, November 23, 2009

Haprak..

Pemuda PAS akan kaji isu sokongan orang muda yang merosot

copy from http://www.aminiskandar.com/

Mana barisan kepimpinan Pemuda PAS ni..
Sekarang dah senyap je..
Takkan bila ada konsert je baru nak tunjuk jaguh..
Sekadar edar risalah, NGO pun boleh..
Bila Dato' Nik Aziz dihentam - ketua pemuda pergi mana..?
Bila Dato' Husam difitnah - ketua pemuda pergi mana..?
Bila PAS dicaci - ketua pemuda pergi mana..?

Sebelum pemilihan barisan kepimpinan Pemuda PAS 2009-2011,
apa manifesto untuk perubahan..
Agaknya sebelum pemilihan, berjanji macam-macam..
Bila dah menang, menyorok belakang UG..

Mana kertas kerja untuk membantu anak muda..
Mana idea untuk meningkatkan taraf ekonomi anak muda..
Mana pendapat untuk membantu fakir miskin yang ada..
Anak muda dahagakan perubahan..
Semangat berkobar-kobar untuk membantu negara dan ibubapa..
Berkobar-kobar nyahkan pemimpin yang HAPRAK..
Berkobar-kobar menentang rasuah..

Bila Prof Aziz kritik PAS - ketua pemuda hentam Prof berapi-api..
Kalau betul apa yang dikritik, BERUBAH..
Kalau salah apa yang dikritik, BUKTIKAN MANA YANG TAK BETUL..

Tak tahu memimpin, jangan jadi pemimpin..
Jangan nak tunjuk terer..
PAS bukan milik peribadi Pemuda..
PAS milik sesiapa sahaja yang cintakan Islam, sayangkan keadilan..
Setiap pendekatan mendidik perlu ada cara..
Berdakwah pun ada cara..
Bukan hentam tanpa fakta..
Tak pandai memimpin - LETAK JAWATAN..
Bubar semua kepimpinan yang ada..
Cari calon yang baru..Yang ada idea..
Bagaimana nak membantu pemuda-pemudi negara..
Cara nak tingkatkan ekonomi..
Cara nak bantu negara melepasi defisit..
Cara nak bantu orang miskin jadi berharta..
Cara nak bantu orang dianiaya..
Cara nak bantu masyarakat Malaysia tiada lagi berkasta..
Cara yang menyakinkan semua bangsa bahawa PAS parti yang boleh dipercayai..
Dan akan menjadi tulang belakang negara satu hari nanti.

anak rashidah-alkampari

p/s :
Pemuda PAS nak kaji untuk berapa lama..
bagi tarikh yang tepat supaya rakyat tak ternanti2..
pemuda negara dah tak sabar nak tengok dan dengar..
jangan berjanji je..Rakyat benci pemimpin HAPRAK..

7 comments:

ISA said...

Salam Rashidah,

Kalau macam tu... mari sertai kempen desak EGM, buatlah perubahan kepimpinan.

Logo ada di blog saya, C & P sajalah...

Salam ukhwah dan salam perjuangan.

(saya dah link blog saudari di blog saya) dan harap maklum, blog saya adalah blog kurang ajar sikit dengan perkataan2 yang agak kasar.

Prof. Era Pasca said...

sy menyokong egm jugak! buang pemimpin yg bermasalah

orang muo said...

Salam ziarah, terima kasih ziarah blog orang muo,sila datang lagi

Anonymous said...

um..agresif..silap sikit dah nk suruh letak jawatan..kdg2 org bawahan tak tau apa kepimpinan buat..berterusan camni, bila la perjuangan ISLAM nak menang..

Tak puas ati sgt, cubala rasa jd pimpinan..Baru tau kesukaran..Org bawah kejenya asyik mendesak, pastu dgr berita ntah pape, pastu wat vote ubah kepimpinan..

Macamla naik kepimpinan baru bleh diyakini baiknye..

Darah muda, camnila..Dahului akal dari emosi..Ada kepincangan, cadangkan pembetulan, bukan cadangkan EGM..PAS bukan MCA..

Itu pentingnya THIQAH dalam rukun bai'ah..Nk berjuang, kena faham, bukan pandai hentam je..

RASHIDAH AL-KAMPARI said...

Satu persoalan,

Mana statement ketua pemuda PAS yang menyatakan menyokong TGNA..?

Anonymous, kalau anda berani bagi nama sebenar. Kita berhujah berdepanan..

WaLi KhAIR SuLaM said...

salam utk semua

pada pandangan ilmu aku yang cetek nie, aku melihat kemenangan PAS pada pilihanraya baru-baru ini sesuatu yang memeranjatkan, malahan tidak dijangkakan. Kita sebagai perjuang PAS pun tidak menyangka kemenangan ini, kita dulu masuk bertanding atas dasar kewajipan untuk memenuhi tuntutan agama bukan terfikir menang. Tapi bila menang jadi semua gelabah, malah dikesempatan ini ada yang menjadi hero dan tiba-tiba fenomena dalam pas pun telah berubah. Kalau dulu berjuang untuk fisabillah tapi sekarang berjuang untuk dunia.

Kadang-kadang kita perlu nilai diri kita sebagai akar umbi dan sebagai pejuang yang melantik ketua-ketua kita. Dulu sebelum kemenangan kita,diwaktu zaman kejatuan kita. Setiap jawatan parti diberi kepada mereka yang tidak ada pengalaman. Cukuplah nampak mcm ustaz, lebai sana sini. Imana dimasjid di surau tapi kita langsung tidak nilai dari segi keupayaan mereka memipim organisasi parti apa lagi oraganisasi yang berbentuk nasional. Diberi jawatan kepada orang yang pakar dan selayaknya ditolak mentah-mentah. Jadinya semua kepimpinan terdiri dari mereka-mereka yang tiada pengalaman sekadar bubuh nama namun pemikiran dan keupayaan dalam isu politik sangat lemah

Tiba masa kita menang, tiba-tiba kita salahkan mereka, mereka tidak buat kerja dll. Soalanya siapa yang melantik mereka. Bukan kah kita? Jadi salah mereka atau kita.

Teringat aku dengan pesanan tok guru haji hadi "menang itu satu ujian" jadi pas berdepan dengan ujian yang besar. Kerana orang2 pas melantik orang2 yang tidak kemampuan untuk memimpin pas.

Kita nak lucutkan jawatan mereka dari pasti itu namanya zalim. Maka bagi mereka peluang untuk menjadi matang dalam politik. PAS perlu belajar dari UMNO. Mengapa UMNO hebat hingga kita. Kerana UMNO sewaktu pembinaannya dulu terdiri dari golonagan Profesional Melayu yang benar-benar tahu cara untuk memimpin negara.

Kini orang Pas kuat ilmu agamanya. Sekiranya ditambah dengan ilmu politik dan kepimpinan negara. Maka pastinya Malaysia akan jauh lebih hebat dibawah pimpinan pas. Tapi sebelum itu semua orang Pas balik muhasabah diri jangan salahkan pemimpian atas mahupun sesiapa saja. Salah itu kadang-kadang tak nampak kalau kita tak carinya...

sekian. takbir

MUHAMAD KHAIR SULAM
PEMUDA PAS PASRI SALAK

~ Lelaki ~ said...

saya x tahu kenapa anda komen begini.adakah anda nak jadi pemimpin sehingga bersungguh-sungguh nak suruh letak jawatan,.sabarla kalau nak jadi pimpinan pun.kalau ada rezeki dapat la tu

My Blog List

Free Blogger Templates

PAS - ISLAM 4 ALL © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates