Pages
KeluargaKu
Ketika 5 Tahun
Kem Hanifa, Gopeng
Galeri Perdana, Langkawi
Sungai Rejang, Sarawak
Di Kaki Gunung Kinabalu
Pasar Filipina
Ranau, Sabah
Studio Makkah
Jabal Rahmah
Masjid Nabawi
Hudaibiyah
Thaif
Saturday, September 12, 2009
Rebut peluang pengampunan di malam Lailatul Qadar
Dato' Dr Haron Din
Ramadan adalah bulan yang terbaik, penghulu segala bulan yang sama dengan hari Jumaat, penghulu segala hari.
Ia merupakan anugerah Allah kepada insan muslim agar mengambil kesempatan daripada kedatangan Ramadan dengan memperbanyakkan kerja taat kepada Allah untuk memperolehi anugerah tambahan-Nya atau bonus agung-Nya dengan menjanjikan Lailatul Qadar yang biasanya akan jatuh pada salah satu daripada 10 malam terakhir.
Mungkin inilah yang disebut oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam satu hadis yang bermaksud: Alangkah hairannya, bagi orang yang dianugerahkan umur sehingga selesai satu Ramadan tiba-tiba ia tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.
keampunan itu merupakan satu anugerah yang dijanjikan kepada orang yang benar-benar menjadikan Ramadan sebagai bulan ibadah khusus kerana Allah. Di samping mengharapkan keampunan.
Nabi juga pernah sebut dalam hadis: "sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala Allah, maka akan diampunkan segala dosa-dosanya."
Lebih khusus daripada itu, kita lihat kepada tarbiyah yang ditarbiyah Rasulullah kepada umatnya menerusi satu hadis sahih.
Daripada Aishah r.a dengan pesannya,"wahai Aishah, sekiranya kamu ditemukan Allah dengan malam Qadar, maka perbanyakkan doa memohon kepada Allah yang ditentukan perkara yang hendak dicapai dalam doa itu ialah : Ya Allah ! Kamulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Ampunkanlah dosa saya."
Tarbiyah yang dimaksudkan itu dengan meletakkan pengharapan yang begitu tinggi, agar kesalahan, ketelanjuran atau kesengajaan, Allah akan terima pengampunannya pada 10 malam akhir Ramadan, akan diampunkan dosa.
Jelas kelihatan bahawa yang amat perlu dipohon kepada Allah ialah penghapusan dosa dan bukan kemanfatan duniawi seperti memohon kekayaan, kemenangan menghadapi musuh, kehebatan dalam kerjaya atau apa sahaja yang namanya hambatan dunia. Semuanya itu tidak penting berbanding dengan keampunan dosa.
Kerana jika diamati akan ternampak kehebatan pencapaian manusia dalam kehidupan ini bukannya kejayaan bersifat sementara.Kehebatan yang agak sementara, akan tetapi kehebatan Allah dengan penghapusan dosa adalah suatu impian dan pencapaian yang begitu tinggi kerana itulah maka fokus utama setiap muslim ialah hari-hari akhir 10 malam ini.
Menjadi satu fokus ke arah meletakkan nilai diri insan yang semata-mata untuk mendapat keredaan Allah. Sekiranya matlamat keredaan Allah itu sudah dicapai, maka tercapailah kemuncak daripada tujuan sebenar manusia ini diciptakan Allah yang akhirnya kepada Allah sahaja tumpuan hidup semua makhluk bagi mendapat reda Allah.
Janji-janji Allah pada hamba-Nya
Ramadan juga merupakan bulan muhasabah untuk kita melihat sekadar mana daya juang kita dalam menangani cabaran penghidupan khususnya cabaran untuk menanggung dan menyempurnakan amanah Allah yang telah dipikulkan ke atas mereka suatu tugas untuk martabatkan agama Allah melainkan dengan usaha berterusan mengharungi suatu perjuangan menentang segala halangan bagi meletakkan kegemilangan Islam di tengah penghidupan yang semakin mencabar.
Lebih-lebih lagi di hari-hari yang sedang kita lalui ini. Di mana umat Islam seolah-olah dijadikan mangsa kepada kegelojohan musuh-musuh Islam yang dari dulu mencari peluang untuk mengganyang umat Islam.
Suasana akhir-akhir ini, selepas tragedi 11 September 2001 seolah-olah menghalalkan untuk mengambil apa sahaja tindakan ke arah pengganyang umat ini dan sekaligus hendak membenarkan Islam itu dari terus wujud di maya pada ini.
Tetapi yakinilah wahai saudara yang seagama denganku bahawa Allah telah menjanjikan suatu 'madah' yang akan menjadi perangsang untuk pejuang-pejuang Islam khasnya di akhir-akhir Ramadan dengan ayat Allah yang bermaksud : "mereka itu musuh-musuh kamu hendak menghapuskan cahaya Allah, agama Islam dengan pelbagai usaha mereka tetapi Allah tidak membiarkan mereka berbuat demikian, dan Dia (Allah) akan menyempurnakan agama kamu dan memenangkan meskipun dibenci oleh orang-orang musyrikin."
Janji-janji seperti ini jelas diterangkan dalam al-quran seperti dalam surah Annur ayat 55 yang mafhumnya : " Allah berjanji dengan kamu yang beriman denganNya. akan diangkat mereka menjadi khalifah (pemerintah) seperti mana Allah telah mengangkat angkatan-angkatan sebelum daripada angkatanmu pemerintah bumi Allah dan pada ketika itu segala perkara huru hara yang berlaku akan digantikan dengan keamanan yang sebenar. Kamu menyembah Allah tanpa menyekutuiNya. Dan sesiapa yang tidak percaya dengan janji sedemikian itu, mereka itu ialah orang-orang yang fasiq."
Oleh itu, maka Ramadan yang bakal tinggalkan kita ini amat berguna lagi kalau diisinya dengan pengorbanan harta benda bagi membantu perjuangan sebagaimana lambang kewajipan fitrah yang diwajibkan kepada setiap individu yang hidup sepanjang Ramadan hingga mencecah menemui awal Syawal.
Pun demikian keseluruhan umat Islam mengeluarkan kewajipan fitrah mereka pada beberapa hari terakhir Ramadan. Hampir berlaku orang yang semata-mata sengaja tidak tunggu kedatangan syawal barulah hendak menunaikan kewajipan zakat fitrah.
Amalan mengawali membayar zakat fitrah adalah petunjuk kepada wujudnya ibadah 'maliyyah' walaupun sedikit tetapi seboleh-bolehnya pengorbanan harta ini dibuat sebanyak yang mungkin bagi mengejar ganjaran yang sebanyak mungkin, lebih-lebih lagi jika sekiranya pengorbanan harta itu dilakukan pada malam Qadar atau setidak-tidaknya berlaku dalam bulan Ramadan.
Maka semuanya itu menyaksikan kita tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang cukup beruntung memanafaatkan kedatangan Ramadan dengan amal-amal yang berguna untuk diri kita khususnya di saat kita menemui Allah di hari akhirat nanti.

Zambry SAH MB Perak yang HARAM...!!!
PKR Gerik, Wednesday, September 9, 2009 antara yang HALAL dan yang HARAM..siapa ?
IPOH: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan saman bekas Speaker Perak, V Sivakumar terhadap penggantinya yang didakwa menyerang dan melakukan pemenjaraan salah semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu.
Ketika menolak permohonan itu dengan kos hari ini, Hakim Datuk Azahar Mohamed memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.
Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.
“Ini adalah perkara dalaman dan apa sahaja perkara yang timbul perlu dibincang dan diselesaikan dalam DUN, bukan dalam mahkamah,” katanya-. mStar
dan2 mahkamah jadi cerdik...bila Sivakumar bawak kes DUN ke mahkamah untuk saman SPEAKER HARAM..depa kata tak boleh campor tangan nanti menlanggar perlembagaan..bila MB HARAM bawak kes ke mahkamah depa jadi dungu ..dengan sesedap rasa sesuka hati depa langgar perlembagaan..
tapi bagus juga Sivakumar buat permohonan saman ni..dengan secara tak langsung apa yang berlaku di Perak ini membuktikan BN adalah HARAM untuk memerintah Perak..apa2 saja keputusan mahkamah mengenai sidang DUN Perak terbatal dengan secara otomatik...korang ingat kes penggantungan Zambry and the gang..?? maka dengan ini mahkamah menjelaskan bahawa penggantungan mereka adalah SAH dan mahkamah TIADA HAK untuk menarik penggantungan SPEAKER SAH Sivakumar terhadap Zambry and the gang...
ini bermakna.........barisan BN adalah TIDAK SAH sebagai pemerintah Perak..!! exco2nya TIDAK SAH...HARAM la tu..!! korang guna mahkamah sebagai senjata...sekarang senjata makan tuan..hambik korang...!!
TERIMA KASIH Hakim Datuk Azahar Mohamed kerana pencerahan ini...
Sumber: http://haninasution.blogspot.com

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW
KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH
DI LEMBAH URANAH,GUNUNG ‘ARAFAH
Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!!
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.
Jasa-Jasa Zambry Al-Gundi
Baru saja beberapa bulan Zambry merampas oppss memerintah Perak..kita telah melihat banyak jasa2 yang telah dibuat beliau untuk rakyat Perak…
lihatlah..betapa banyak sumbangan yang dah dibuat kepada rakyat Perak..dalam masa beberapa bulan..banyak ‘penjimatan’ wang rakyat telah dilakukan oleh Zambry…
JASAMU AKAN DIKENANG..!!
- baru saja masuk pejabat Menteri Besar langkah pertama tukar karpet dan lain-lain asesori….maka berwajah barulah pejabat MB sekarang ini..bertambah ceria dan berseri…
- Pecat semua ketua kampung pilihan rakyat… Ketua kampung pilihan rakyat ini dilantik atas kehendak Raja Muda…idok ke menderhaka namaya tu..? ehh..itu bukan derhaka itu mengembalikan hak rakyat…
- Zambry yang berjiwa rakyat menjamu rakyat dengan ‘Sure Heboh’ untuk menghiburkan rakyat jelata…direstukan pula oleh Tok Mufti..satu gandingan yang mantop…betul2 Zamby dan Tok Mufti memahami kehendak rakyat…
- Menjimatkan wang rakyat dengan melelong Camry yang masih dalam jaminan 3 tahun..kerana beliau nak guna semula Perdana V6…alangkah mulianya Zambry ini… sehingga mendapat anugerah dari Sultan Perak dengan gelaran Dato’ Seri…bayangkan baru 2 bulan merampas oppsss memerintah dah dapat anugerah..korang ADUN PR memerintah Perak 10 bulan dapat apa..tu laa jasa korang tak setara dengan Zambry and the gang…tu pasal tak dapat apa2…
lihatlah..betapa banyak sumbangan yang dah dibuat kepada rakyat Perak..dalam masa beberapa bulan..banyak ‘penjimatan’ wang rakyat telah dilakukan oleh Zambry…
JASAMU AKAN DIKENANG..!!
SiBurung Tiong, Si-Rajawali,
Rancak bertutur setiap detik,
Dilarang tegur, dilarang kritik,
Apa, sudah setaraf maqam wali?
Rancak bertutur setiap detik,
Dilarang tegur, dilarang kritik,
Apa, sudah setaraf maqam wali?
DOA QUNUT NAZILAH
Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka, Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka, goncangkan pendirian mereka, Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum, Wahai Tuhan Yang bersifat Murka, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. Amin…!
Subscribe to:
Posts (Atom)
My Blog List
-
-
Mengapa walaun perlu berhenti mengeji? - HarapandailyTidak berkesudahan pembangkang terutamanya penyokong Pas atau mesra dipanggil walaun memperlekehkan kerajaan Madani malah mengeji Perdana Mente...36 minutes ago
-
Lintah Terbesar Di Dunia 18 Inci Panjang - Haementeria ghilianii, juga dikenali sebagai Lintah Gergasi Amazon, adalah lintah yang sukar ditemui. Ia hanya boleh ditemui di Guyana Perancis dan kawa...3 days ago
-
Pemuda Umno dari Hidup Melayu ke boikot KK Mart - *SESUDAH SUBUH* PERGERAKAN Pemuda Umno yang merupakan sayap kepada Umno melalui sejarah panjang dan menjadi organ penting dalam parti itu. Selama tujuh dek...6 days ago
-
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan - Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik yang and...4 months ago
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...5 years ago
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...6 years ago
-
Malam ini di UTP .. The Apai Show - "THE APAI SHOW" Karya oleh Professor Madya, Shamsul Rahman Mohamad Kutty (Dr.Shark) dan diarah oleh Pengarah Terbaik Festival Teater Johor, Dr. Mohd D...7 years ago
-
BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL - Iqaluit ialah sebuah bandar dalam wilayah Nuvanut yang terletak di utara Kanada, Pada bulan paling panas iaitu Julai, suhunya setakat 9 darjah Celcius, ma...7 years ago
-
MESYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS TAPAH KALI YANG KE 21 - Saf kepimpinan muslimat kawasan bersama perasmi mesyuarat agung pada tahun ini. Doa dan alunan wahyu disampaikan oleh Ustazah Haslinda bt Ismail. Para pe...8 years ago
-
Jual Membran Ro Di Surabaya - Sidoarjo - * Jual Membran Ro Di Surabaya - Sidoarjo* [image: Jual Membran Ro Di Surabaya - Sidoarjo] air RO sangat direkomendasi untuk kegunaan lain, diantaranya adala...9 years ago
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa... - *Takziah, moga pasangan bahagia ini bersabar dengan ujian Allah...Subhanallah* *kisah di sini dan sini....*10 years ago
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera - IPOH : Sembilan warga pelancong Singapura telah diserang oleh seekor lembu yang mengamuk di tengah-tengah pusat bandar di sini. Kumpulan pelancong bersam...10 years ago
-
PAS Batu Gajah buat perubahan - Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin telah dinaikkan 'pangkat' ke jawatan YDP Kawasan Batu Gajah apabila menang tanpa bertanding dan beliau se...10 years ago
-
UMNO YANG GILA TALAK!!!! - A minta B rujuk semula dengannya dan dalam masa yg sama A minta B bercerai dengan pasangannya sekarang... Tapi A tak nak pula bercerai dengan pasangann...11 years ago
-
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi - Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh. Kunjungan mereka ...11 years ago
-
TGHA :SYRIA , RAKYAT MANGSA , PEMIMPIN BERLAGA DAN MUSUH UNTUNG - Republik Arab Syria (selepas ini ditulis Syria) adalah termasuk dari kalangan negara ...11 years ago
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...11 years ago
-
Mukadimah (2) - Mukadimah Ilmu hikmah menurutku satu ilmu di dalam ilmu, tidak ramai yang memilikinya tapi harus memilikinya, kerana ia satu ilmu yang Allah campakkan d...12 years ago
-
-
Novel Terakhir... - *"Novel terbaru yang baru siap setebal 299 muka bertajuk ‘MANDALA DUNIA KE DUA’ mujur menjadi peneman. Untuk edit kali ke 8 dan terakhir dapat juga dil...12 years ago
-
-
Makluman Ceramah Perdana 30/5/11 - Assalamualaikum w.b.t Adalah dimaklumkan satu majlis ceramah perdana bersempena majlis perasmian Markaz Pas Cawangan Kg.Sungai Wangi,Ayer Tawar akan diadak...12 years ago
-
-
Selproa Selar Tindakan Polis Kasari Peserta Perhimpunan Bantah Kenaikkan Air - SHAH ALAM 8 Disember - Persatuan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) menyelar tindakan pihak polis yang bertindak ganas k...13 years ago
-
Langkah pertama - Hampir 2 bulan lebih saya tidak menulis, walau apa pun alasan yang diberikan tidak mungkin dapat mengisi semula masa yang telah berlalu pergi dek kerana k...13 years ago
-
-
-
-
-
-
Free Blogger Templates
ASSALAMUALAIKUM....
SEMOGA KEHIDUPAN HARIAN KITA DIBERKATI ALLAH SENTIASA..AMIN
About Me
- RASHIDAH AL-KAMPARI
- Menjual Produk DCL, Produk Minyak Kelapa Dara(VCO) dan Mengajar Membaca Kitab Suci Al-Quran dan Iqra' Alamat Perniagaan : No 46, Jalan Suasa, Bandar Baru Utama, 31900 Kampar, Perak
Dato' Nik Aziz Nik Mat
Sahabat
Blog Archive
-
▼
2009
(59)
-
▼
September
(26)
-
▼
Sep 12
(12)
- HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG-SORONG.....
- Rebut peluang pengampunan di malam Lailatul Qadar...
- Zambry SAH MB Perak yang HARAM...!!! PKR Gerik, ...
- KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW KHUTBAH INI ...
- Gambar2 Lanun Di Perak #fullpost{display:inline;}...
- Mahatamak Zambry #fullpost{display:inline;} ...
- Jasa-Jasa Zambry Al-Gundi #fullpost{display:inl...
- No title
- SiBurung Tiong, Si-Rajawali, Rancak bertutur setia...
- No title
- DOA QUNUT NAZILAH Ya Allah, Sesungguhnya kami mel...
- No title
-
▼
Sep 12
(12)
-
▼
September
(26)