Pages

Sunday, September 6, 2009

...



Cute Myspace Generators

Pilihanraya: UMNO Nak Lari Kemana ?

1. Tentu sahaja apa yang berlaku tidak tercetus secara kebetulan melainkan segalanya adalah ketentuan Allah swt. Tuhan Yang Maha Bijak lagi Maha Adil .

2. Lantaran itu , pilihanraya kecil yang luarbiasa kali ini [ 9 kali dalam tempoh setahun ] malah sangat ajaib [ pinjam kata - kata Prof Abu Hassan ] jua berlaku atas kehendak Allah swt yang menyimpan sejuta hikmah .

3. UMNO dan BN enggan membubarkan DUN Perak bagi membolehkan kerajaan pilihan rakyat dibentuk semula selepas UMNO dan BN merampasnya tanpa semangat demokrasi . Allah kurniakan 9 pilihanraya kecil diseluruh negara . Setakat ini hanya satu di menangi oleh UMNO dan BN iaitu di Batang Ai Sarawak .

4. UMNO dan BN tidak sudah - sudah cuba melumpuhkan kekuatan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim , Allah swt taqdirkan berlaku 3 pilihanraya kecil di kawasan beliau iaitu Parlimen Permatang Pauh , Penanti dan Permatang Pasir . Ketiga - tiganya dimenangi oleh Pakatan Rakyat sekaligus menggambarkan bahawa peribadi Datuk Seri Anwar sukar digugat oleh UMNO dan BN .

5. UMNO dan BN turut memperlekeh kewibawaan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dan membelasahnya siang dan malam , Allah swt buat pilihanraya kecil di Kuala Terengganu . Tuan Guru diuji dengan isu perletakkan calon di Kuala Terengganu dan akhirnya Allah swt menunjuk jalan dan akhirnya Pakatan rakyat menang lagi .

6. UMNO dan BN mensasarkan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai figure yang mesti dijatuhkan dengan apa cara sekalipun . Beliau diaibkan dengan pelbagai isu yang sering dieksploitasi oleh media . Allah swt sekali lagi mengisytiharkan pilihanraya kecil di Manek Urai . Biarpun menyaksikan kemenangan tipis , tetapi setelah melihat UMNO dan BN mengerahkan seluruh tenaga luar dan dalamnya untuk memenangani pilihanraya tersebut namun realitinya mereka gagal lagi .

7. UMNO dan BN sebelumnya telah cuba mengaibkan tokoh baru PAS Datuk Seri Nizar Jamaludin Menteri Besar Perak yang dinafikan hak dan dirampas kuasanya secara mafia oleh mereka . Malah mereka melabelkan kononnya Nizar adalah penderhaka . Lalu Allah swt Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan dan munajat hambaNya mengadakan pilihanraya kecil Bukit Gantang yang tidak mampu dielak lagi oleh UMNO dan BN . Nizar sendiri menjadi calon dan ternyata beliau menjadi Panglima Bukit gantang yang baru .

8. UMNO dan BN cuba jatuhkan negeri Kedah dengan mempalit calar pada kepimpinan Datuk Seri Azizan Razak . Bukit Selambau menjadi saksi betapa kerajaan Datuk Seri Azizan sukar untuk digugat oleh UMNO dan BN . Kini mereka tidak berani mengisytiharkan pilihanraya di DUN Seputeh , tetapi Allah swt Tuhan Yang Maha Adil lagi Saksama mentaqdirkan pilihanraya di bagan Pinang Negeri Sembilan . UMNO dan BN nak lari kemana ?

9. UMNO dan BN ada peluang menang di Bagan Pinang ini dan tentu sahaja kali ini , mereka akan berkata rakyat telah kembali kepada UMNO dan BN sebagaimana itulah ungkapan syukur mereka selepas pilihanraya kecil Manek Urai yang menyaksikan mereka kalah tipis . [ Namun belum selesai post mortem pilihanraya kecil Manek Urai , mereka terkedu seketika di Permatang Pasir setelah menyaksikan kekalahan teruk yang mereka alami dalam sebuah pilihanraya kecil .]

10. Sungguhpun begitu , saya percaya UMNO dan BN tidak akan mampu mengukir senyum jantan biarpun kemenangan bakal diperolehi mereka kelak kerana undi pos sahaja di Bagan Pinang dianggarkan sekitar 5000 . Kalaupun mereka menang , mereka bukan wakil rakyat tetapi wakil pos . Tapi .... kalau mereka kalah juga , entahlah ... saya tidak tahu nak kata apa lagi kecuali satu soalan saya nak tanya mereka , hei UMNO dan BN , nak lari ke mana lagi ?

My Blog List

Free Blogger Templates

PAS - ISLAM 4 ALL © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates