Pages

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidurrasul....

Salam Maulidurrasul.....

Rashidah-alkampari menjelma semula setelah 3 bulan menghilangkan diri.Bukan apa-apa cuma sibuk dengan berbagai-bagai urusan perniagaan.Kini sudah menetap semula di Kampar setelah setahun berada di Kuala Lumpur.

Tuesday, December 8, 2009

Kenapa Perlu Marah..

Kenapa perlu marah jika seseorang meluahkan perasaan melalui blog sendiri..
Kenapa perlu bengang jika apa yang dikatakan terkena batang hidung sendiri..
Kami bloggers cuma menegur dan menasihat..
Tanpa bloggers, parti Pakatan Rakyat takkan ke mana..
Media massa Malaysia dah memang kaki auta..
Utusan Meloya, Berita Hairan, Suram Harian semuanya pembohong..
Kat mana nak dapat info yang tepat lagi padat..
CONFIRM la bloggers..
Bloggers yang tidak perlu dibayar sesen pun..
Nak perah idea, nak cari cerita bukan senang..
Tapi bloggers yang sokong Pakatan Rakyat tak minta duit pun..
Tak minta pun dipuji..
Tak minta pun diminati..
Kami nak berkarya je..

Kalau tak boleh ditegur, jangan baca apa yang kami tulis..
Baca je media massa pengampu negara..
Hati senang, gundah tiada..

Untuk penyokong yang menyokong Unity Goverment..
Teruskanlah menyokong UG..
Kami ni nak tegur anda sebelum terlambat..
Sebelum PAS dimaki, sebelum PAS dicaci..
Kami sayang PAS tapi anda (UG) yang menyakiti hati kami..
Dah lama tunggu Unit Disiplin PAS buat tindakan terhadap geng UG tapi hampeh..
Apa pun takde..Mungkin dah zzzzzzz kot..
Ibarat UMNgok je..berjanji tapi tak tunaikan..
Memang HAMPEH dan HAPRAK..

rashidah-alkampari..

P/S :
Lawati http://motherof3mohd.blogspot.com/2009/12/bahaya-gangrene-dan-cara-merawatnya.html
Pedas dan berapi..

Monday, November 23, 2009

Haprak..

Pemuda PAS akan kaji isu sokongan orang muda yang merosot

copy from http://www.aminiskandar.com/

Mana barisan kepimpinan Pemuda PAS ni..
Sekarang dah senyap je..
Takkan bila ada konsert je baru nak tunjuk jaguh..
Sekadar edar risalah, NGO pun boleh..
Bila Dato' Nik Aziz dihentam - ketua pemuda pergi mana..?
Bila Dato' Husam difitnah - ketua pemuda pergi mana..?
Bila PAS dicaci - ketua pemuda pergi mana..?

Sebelum pemilihan barisan kepimpinan Pemuda PAS 2009-2011,
apa manifesto untuk perubahan..
Agaknya sebelum pemilihan, berjanji macam-macam..
Bila dah menang, menyorok belakang UG..

Mana kertas kerja untuk membantu anak muda..
Mana idea untuk meningkatkan taraf ekonomi anak muda..
Mana pendapat untuk membantu fakir miskin yang ada..
Anak muda dahagakan perubahan..
Semangat berkobar-kobar untuk membantu negara dan ibubapa..
Berkobar-kobar nyahkan pemimpin yang HAPRAK..
Berkobar-kobar menentang rasuah..

Bila Prof Aziz kritik PAS - ketua pemuda hentam Prof berapi-api..
Kalau betul apa yang dikritik, BERUBAH..
Kalau salah apa yang dikritik, BUKTIKAN MANA YANG TAK BETUL..

Tak tahu memimpin, jangan jadi pemimpin..
Jangan nak tunjuk terer..
PAS bukan milik peribadi Pemuda..
PAS milik sesiapa sahaja yang cintakan Islam, sayangkan keadilan..
Setiap pendekatan mendidik perlu ada cara..
Berdakwah pun ada cara..
Bukan hentam tanpa fakta..
Tak pandai memimpin - LETAK JAWATAN..
Bubar semua kepimpinan yang ada..
Cari calon yang baru..Yang ada idea..
Bagaimana nak membantu pemuda-pemudi negara..
Cara nak tingkatkan ekonomi..
Cara nak bantu negara melepasi defisit..
Cara nak bantu orang miskin jadi berharta..
Cara nak bantu orang dianiaya..
Cara nak bantu masyarakat Malaysia tiada lagi berkasta..
Cara yang menyakinkan semua bangsa bahawa PAS parti yang boleh dipercayai..
Dan akan menjadi tulang belakang negara satu hari nanti.

anak rashidah-alkampari

p/s :
Pemuda PAS nak kaji untuk berapa lama..
bagi tarikh yang tepat supaya rakyat tak ternanti2..
pemuda negara dah tak sabar nak tengok dan dengar..
jangan berjanji je..Rakyat benci pemimpin HAPRAK..

Monday, November 16, 2009

Lesson 2 : Mari Belajar Memasak Rendang Tok


My Blog List

Free Blogger Templates

PAS - ISLAM 4 ALL © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates